Satu saat dahulu kau pernah berkata denganku,bahawa kau juga suka padaku. aku lega dan terus berusaha. Tapi semuanya musnah bila dia datang padamu. Menagih cinta darimu. Aku kesal kerana membenarkan dia merampasmu dariku.Ketika itu, aku hanya berserah. Aku hanya pasrah. Ini kerana aku tahu kau pasti memilihku. Namun, aku silap.Kau lebih berpihak kepadanya. Mungkin dia jauh berbeza dariku. Mungkin dia lebih baik dariku. Aku mungkin tak mengapa pada awalnya. Namun semua berubah bila kau ku rasakn menjauh. Kau kurasakan makin menyisihku. Memang aku sakit yang teramat ketika itu. Aku jadikan lagu menenang jiwa. Zikir mendamaikan hati dan sanubariku. Aku kembali nyata. Akhirnya, aku sedar siapa yang berhak berda di sisiku. Aku sedar yang dia begitu setia denganku. SyukurAlhamdulillah. Ya Allah, kuatkanlah kami berdua. Panjangkanlah jodoh kami bersama. Tabahkanlah hati dan jiwa kami dari semua dugaan dan cabaranmu,Ya Allah..
Amin ya Robbal Alamiin.....
KENANGAN TERINDAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment